Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.


Boer Full Blood (FB)
Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan. Badan tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang. Ekor melentik. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hitam. FB juga terdapat dalam pelbagai warna dan struktur fizikal. agak sukar untuk menentukan Kambing boer yang asal (original boer). Oleh itu, nasihat saya pada penternak supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya (born certificate). Feral
Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia. Di Indonesia mereka juga memanggil kambing ini sebagai Kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia dan berbercampur-gaul dengan kambing tempatan. Namun kambing ini di Indonesia tidak berbulu lebat ini membezakannya dengan Feral Australia.
Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.
Boer Purebred (F5 - F7)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).
No comments:
Post a Comment