1/2 lb daging kambing
3 tahil minyak sapi
2 inci halia
5 ulas bawang merah. ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar belah enam
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 sdb tepung sagu
2 biji kentang belah dua
1 tin kecil kacang peas
1 sdt serbuk lada putih
1 sdb cuka
1/2 sdt serbuk perisa garam secukup rasa
Cara Membuat :
- Daging dipotong enam dan dicuci bersih-bersih sehingga tiada sedikit pun darah
- Kemudian gaulkan dengan air halia, bawang putih dan merah, dan lada putih.
- Didihkan perlahan-lahan dan masukkan minyak sapi. Masak selama 45 minit.
- Tambah 2 cawan air, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
- Apabila separuh masak selepas kira-kira 2 jam, masukkan bawang besar dan masak lagi 45 minit. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
- Akhir sekali masukkan garam, cuka, perisa dan tepung sagu untuk memekatkan kuah.
- Kacau rata, angkat dan hidangkan dengan roti prata, nasi, pasta dan dengan apa saja yang anda suka.
No comments:
Post a Comment