
Dalam bahasa Inggeris, daging kambing di kenali sebagai chevon manakala daging bebiri pula dikenali sebagai lamb (berumur kurang dari setahun) dan mutton (berumur lebih 2 tahun). Ada terdapat banyak jenis kambing termasuk Boer, Kalahari, Feral, semi Feral dan lain - lain yang sangat diminati disebabkan keenakan dan kelazatan dagingnya.
Chevon, atau daging kambing ialah daging merah yang enak dan lazat dimakan kerana ianya boleh dimasak dengan beberapa cara seperti direbus, kari/rendang, dipanggang kering (roasted), barbequed, sausage atau mengikut selera kita.
Chevon sangat diminati dikalangan bangsa Arab, India, Turkey, Greek, Sepanyol dan kini menjadi ikutan bangsa - bangsa yang lain bukan saja di sebabkan kelazatan dagingnya tetapi disebabkan lemak dan kolesterolnya yang rendah. Chevon tidak mempunyai bau dan rasa yang kurang menyenangkan seperti daging kambing kajang kampung.Chevon dari kambing yang muda berumur dibawah setahun mempunyai rasa seperti daging lembu muda. Manakala daging kambing yang berumur lebih dua tahun rasanya seakan daging lembu yang dewasa atau daging rusa. Walau bagaimanapun kebanyakan orang suka chevon yang berumur dibawah satu tahun disebabkan rasa dan kelembutan dagingnya.
Kandungan kolesterol bagi chevon adalah sangat rendah berbanding dengan daging arnab, rusa atau daging lembu. Manakala lemak (saturated fat) chevon setelah dimasak adalah 40% lebih rendah dari ayam yang telah dibuang kulitnya. Kandungan lemak chevon adalah 50% - 60% lebih rendah dari daging lembu jika dimasak dengan cara yang sama. Selain dari itu, kandungan protein dan mineral chevon adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging yang lain.

Mengikut kajian South Africa Heart Foundation, chevon sangat bersesuaian bagi makanan penghidap penyakit jantung dan kencing manis. Chevon adalah daging yang sihat dan alternatif bagi kita yang mengemari daging disebabkan rendah kandungan lemak, kolesterol dan tinggi kandungan mineralnya.
No comments:
Post a Comment